Carian  
08 September 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 70 Puteri Jeli Sertai Kem Kepimpinan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 14 Jun 2009

Picture 280.jpg

Antara Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jeli Yang Mengikuti Kepimpinan

PARLIMEN JELI 14 JUN 2009 – Kira-kira 70 orang dari Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jeli telah menyertai Kursus Kepimpinan yang di adakan di Kem Damai Beach Resort, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jeli, Norwahida Patuan yang ditemui berkata, kursus tersebut dianjurkan bagi memantapkan lagi Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Jeli sekali gus menjadi sayap parti yang cemerlang.

Katanya, melalui kursus berkenaan, peserta telah didedahkan dengan beberapa aktiviti yang boleh memberi manfaat kepada peserta antaranya daya kepimpinan, kepetahan berpidato dan berani tampil kehadapan.

“ puteri adalah salah satu sayap parti dan adalah menjadi tanggngjawab kami semua dalam memastikan UMNO terus menjadi satu parti yang kuat.

“kami juga turut memainkan peranan yang penting dalam parti, oleh yang demikian puteri harus sentiasa mantap sekali gus menjadi sayap parti yang efektif” katanya sewaktu ditemui dekat sini, hari ini.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement