
Sebahagian kepimpinan DUN Bukit Bunga yang hadir bergambar selepas mesyuarat diadakan,semalam.
LALANG PEPUYU 17 JAN 2010 – Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Bunga, semalam mengadakan mesyuarat dekat sini bagi merangka dan menjayakan program UMNO Juara Rakyat di DUN berkenaan.
Menurut Ketua Penyelia Pembangunan Mukim (KPPM) DUN Bukit Bunga, Adnan Hamid, mesyuarat yang dijayakan itu membincangkan usaha-usaha yang akan dijalankan menerusi program tersebut dalam masa terdekat.
Katanya, mesyuarat tersebut turut membincangkan usaha-usaha untuk memperkasakan UMNO di DUN Bukit Bunga seterusnya parlimen Jeli amnya.
Kata Adnan, program UMNO Juara Rakyat yang telah dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu akan digerakkan dengan jayakan disetiap sudut di DUN Bukit Bunga bagi memastikan rakyat terus didekati dan menjadi juara kepada masyarakat.