
Mangsa, Mohamed Ibrahim (kanan) menerima sumbangan dari Zaiton.
PANGLIMA BAYU 18 JAN 2010 – Sekolah Kebangsaan Batu Gajah (SKBG), semalam mengadakan derma kilat bagi membantu mangsa kebakaran dekat sini.
Menurut Guru Besarnya, Che Mohamed Che Kob, derma sumbangan pelajar- pelajar SKBG itu adalah keprihatinan dan kecaknaan sekolah dalam membantu meringankan beban yang ditanggung mangsa.
Katanya, inisiatif yang diambil bukan sahaja dilakukan atas dasar keprihatinan tetapi tanggungjawab pihak sekolah untuk membantu mereka yang berada di dalam kesusahan.
Selain itu, faktor beberapa anak mangsa yang masih lagi bersekolah memberikan komitmen dan kerjasama guru dan pelajar SKBG untuk berikhtiar membantu mangsa.
Hadir bersama ialah Ketua UMNO Cawangan Panglima Bayu, Zailani Harun.
Turut hadir ialah Penolong Pegawai Pelajaran Daerah(Sektor Pengurusan Kemanusiaan),Zaiton Md.Zain dan Penyelia Kokurikulum PPD Tanah Merah,Abdullah Osman.