Carian  
08 September 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Pos Tiang Bendera mercu baru buat Jeli Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 18 Januari 2010

Pos Tiang Bendera mercu baru buat Jeli.JPG

Jalan yang menghubungkan ke Pos Tiang Bendera sebahagiannya telah siap dibina.


KALAI 18 JAN 2010 - Projek membina dan menyiapkan jalan keselamatan sejauh 5.6 kilometer dari Kampung Kalai ke Pos Tiang Bendera bakal yang bersempadan dengan Thailand bakal menjadi mercu baru buat Jeli.

Dijangka pos tersebut berkemungkinan akan menjadi pintu masuk utama di Kelantan pada masa akan datang selain pintu masuk utama yang lain seperti di Bukit Bunga dan Ban,Buketa serta.

Penduduk, Mohd Amsyar Othman, 28, berkata, siap sepenuhnya kelak, pos itu nanti dijangka akan berfungsi sebagai pintu ekonomi pada masa hadapan.

Menurutnya, dari aspek ekonomi penduduk kawasan sekitar akan menikmati banyak nilai yang akan tumbuh disebalik projek berkenaan memandangkan pembinaannya melalui ladang-ladang dan tanah persendirian.

“Selain memberikan kemudahan kepada penduduk, secara tidak langusung wujudnya jalan keselamatan ini ianya akan menyumbang kepada kemajuan kepada kawasan ini dan dari segi keselamatannya ia akan lebih terjamin.

“Pada masa yang sama, peranan tentera di Pos Tiang Bendera yang dibina pada tahun 2003 juga akan di teruskan memandangkan keperluanya dari segi keselamatan,”katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, pos tersebut turut akan membantu mencegah aktiviti penyeludupan, jenayah dan sebagainya kerana laluan ini suatu ketika dahulu merupakan jalan lama serta utama semenjak zaman komunis.

Penduduk, Ismail Yusoff, 35, berkata, projek yang dibina akan memberikan kemudahan penduduk untuk merentasi ke negara jiran.

“Selesai sepenuhnya nanti, penduduk bakal menikmati pelbagai manfaat daripada pembinaannya terutama dari segi ekonomi.

“Hasil-hasil pertanian seperti getah dan sebagainya dapat dikeluarkan dengan mudah serta menjimatkan masa disamping kemudahan logistik kepada pasukan keselamatan mengawasi keselamatan negara di sempadan,’katanya

Projek yang telah dirasmikan oleh ahli parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed sebelum ini meliputi jalan dan jambatan yang merentasi anak sungai.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement