Carian  
10 September 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Lata Chenai berpotensi dimajukan Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 19 Januari 2010

Lata Chenai berpotensi dimajukan.JPG

Keindahan dan kedamian Lata Chenai berpotensi untuk dimajukan sebagai salah satu pusat rekreasi di jajahan Jeli.

RELAK 19 JAN 2010 -  Keindahan dan kedamaian Lata Chenai yang terletak kira-kira dua kilometer dari jalan utama menghubungkan Jeli ke Kuala Balah berpotensi dimajukan.
 
Seorang penduduk Mohd Rizam Che Abas,29, berkata, Lata Chenai masih belum diteroka sepenuhnya.
 
“Jaraknya yang terlalu jauh dan agak terpencil menyebabkan ianya kurang mendapat sambutan .
 
Kata Rizam, Lata Chenai hanya diketahui oleh penduduk tempatan sahaja yang datang untuk beriadah.
 
“Jika dibandingkan dengan tempat rekreasi lain lata ini cukup berpotensi dan sesuai untuk dimajukan.
 
“Kawasannya yang luas turut sesuai untuk aktiviti perkhemahan bahkan ianya cukup selamat untuk mandi manda bersama keluarga.
 
Jelasnya, jika ianya dimajukan penduduk akan mendapat manfaat berganda disamping membantu menjana ekonomi penduduk.
 
Tinjauan semalam mendapati, Lata Chenai berpotensi sebagai salah satu pusat rekreasi. Jalan yang sedia ada pelu dibaikpulih atau diturap sebagai salah satu usaha untuk membangunkan lagi kawasan lata ini.

 

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement