Carian  
08 September 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Gerak Gempur DUN Kuala Balah Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 20 Januari 2010

gerak gempur dun KB.jpg

Kuala Balah 20 JAN  2010 – Program Gerak Tumpu Penerangan Peringkat DUN Kuala Balah malam tadi telah berjaya diadakan.  Program diadakan serentak di tiga tempat iaitu di Kampong Dendong Batu Melintang, Kg Lubok Bongor dan Kampung Tuanku Abd Rahman, Kuala Balah.

Kehadiran orang ramai di Program tersebut juga memberansangkan.  Penceramah yang terlibat ialah Ustaz Syukri dan Ustaz Hasan Che Awang di Kampong Dendong, Ustaz Zuber Che Ahmad dan En. Mat Nudin Ahmad di Lubok Bongor manakala di Kampung Tuanku Abd Rahman pula ialah Ustaz Zulkifli Teow Abdullah dan Dato’ Mustafa Taib.

“Program Gerak Tumpu Penerangan pada malam ini adalah permulaan kepada perancangan Penerangan DUN Kuala Balah. Ia akan diteruskan sepanjang masa dan selepas ini akan diadakan di tempat-tempat lain pula di dalam DUN Kuala Balah.” Demikian ditegaskan oleh YB. Dato’ Hj. Abdul Aziz Derashid, ADUN Kuala Balah yang juga merupakan penceramah di ketiga-tiga tempat.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai pelbagai isu dan kemelut yang berlaku di dalam parti pembangkang sekarang ini. Isu Kerajaan Kelantan, Isu saman 800 Juta oleh Timber Mind, Isu Arif Fahmi, Isu Kerajaan Negeri kerugian 23 Juta akibat kebijaksanaan menantu Tok Guru, Isu Kalimah Allah dan pelbagai lagi yang menarik minat ramai pendengar.

Menurut En. Mat Nudin Ahmad salah seorang penceramah yang juga Timbalan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jeli, program ini akan dikembangkan lagi ke DUN Air Lanas dan DUN Kuala Balah. Perancangan yang rapi sudah diatur cuma menunggu masa sahaja lagi untuk diadakan. Dengan adanya program Gerak Tumpu ini diharapkan rakyat Jeli khususnya tidak lagi menerima lagi dakyah-dakyah palsu yang digembar-gemburkan oleh pembangkang khasnya Pas di Kelantan ini.

“Program sebegini diadakan bukan sahaja untuk suka-suka tetapi untuk mewujudkan satu gelombang baru di Jeli khususnya dan di Kelantan amnya bagi merampas kembali Kelantan dari tangan Pas” demikian katanya.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement