
Klinik 1Malaysia ini dijangkan dirasmikan oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed pada 31 Januari ini.
BATU MELINTANG 21 JAN 2010 – Klinik 1Malaysia yang beroperasi sejak 7 Januari lalu di seluruh negara selepas dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggambar keprihatinan kerajaan untuk golongan berpendapatan rendah mendapatkan perkhidmatan kesihatan serendah RM1.
Daripada 44 buah klinik yang diwujudkan itu, salah sebuahnya terdapat didaerah Jeli yang berdekatan dengan Kem Batalion Kedua Rejimen Sempadan (RS).
Klinik 1Malaysia yang menjadi saluran rakyat mendapatkan khidmat perubatan itu dijangka akan dirasmikan oleh ahli parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed pada 31 Januari ini pada jam lebih kurang 11 pagi.
Tinjauan semalam mendapati klinik tersebut telahpun memulakan operasi sejak 12 Januari lalu ini mendapat sambutan membanggakan.
Hari ke enam pembukaannya menyaksikan 50 penduduk tempatan ke klinik ini untuk mendapatkan perkhidmatan yang disediakan dan puratanya dalam sehari lebih 10 penduduk memerlukan rawatan.
Faktor jarak dan kesesuaian klinik yang mendahulukan rakyat memberikan nafas kepada penduduk dikawasan ini mendapatkan perkhidmatan disediakan.
Selain itu, klinik yang dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam ini juga cukup luas dan selesa untuk pengguna.