
JENUB 22 JAN 2010 – Kuliah Jumaat, program mingguan pusat dakwah parlimen Jeli, semalam di hadiri seramai 214 penduduk pelbagai peringkat umur.
Kuliah hari ini mengupas surah Al-Imran iaitu sambungan surah sebelum ini di kendalikan oleh Ustazah Sharifah Che Bedollah.
Pengurus Pusat Dakwah, Ismail Jusoh berkata, peserta kuliah semakin hari semakin bertambah.
“Minat penduduk mengikuti kuliah ini cukup membanggakan, setiap minggu mereka berduyung-duyung datang menyertai program ini demi mendapatkan ilmu,”katanya.