Carian  
08 September 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Giat MARA latih pelajar menderma Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 24 Januari 2010

Giat MARA latih pelajar menderma.JPG

Pelatih GiatMara Ayer Lanas menderma darah berbakti membantu golongan memerlukan.

AYER LANAS 24 JAN 2010 – Wawasan Pusat GiatMara untuk membantu mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera (MPPB) berkualiti bagi mencapai matlamat wawasan 2020 ternyata menjangkau wawasan tersebut.

Semalam, hampir 100 pelatihnya membabitkan lelaki dan perempuan turut dilatih membantu masyarakat menerusi program menderma darah yang diadakan di Pusat GiatMara Ayer Lanas.

Pengurusnya, Mohd Mahdzar Aziz, berkata, pendekatan tersebut bukan sahaja membantu masyarakat tetapi mendidik dan melahirkan –pelatih- pelatih GiatMara yang suka menderma.

Menurutnya, kepentingan tersebut bukan sahaja dilihat satu pengorbanan besar tetapi membantu golongan memerlukan.

“Menerusi program ini matlamat melahirkan masyarakat penyayang dan prihatin secara tidak langsung akan tercapai sejajar 1Malaysia yang diwar-warkan ketika ini.

 “Hal ini pada masa yang sama memberi kesedaran kepada mereka untuk menghargai kehidupan ini dengan khidmat dan memanfaatkannya sebaik mungkin,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis tersebut yang diadakan dengan kerjasama Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Kata beliau, program menderma ini turut bermatlamatkan membantu mengisi tabung darah HUSM yang kekurangan bekalan darah pada masa ini

Pelatih Mohd Falah Mohd Yusof, 19, berkata, langkah yang diambil GiatMara ini disambut dengan baik.

“Sikap suka menderma ini seharusnya wujud dalam masyarakat dan golongan muda terutamanya perlu peka dengan keadaan ini.

“Menderma darah merupakan satu amalan mulia dan sikap ini perlu disematkan diminda masyarakat,”katanya.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement