
Rokiah(kiri) bersama anaknya Farhana Adawiyah Daud,22, menyusun cenderahati yang akan dihantar kepada pelanggan.
AYER LANAS 24 JAN 2010 – Bergelar status sebagai seorang ibu tunggal, Rokiah Mamat, 56, gigih mencari rezeki untuk meneruskan kehidupan.
Bagi pesara jururawat ini, bergelar ibu tunggal seseorang itu perlu mempunyai kekuatan mental serta bersemangat juang tinggi.
“Hidup perlu di teruskan, paling penting ialah semangat dan tekad kita meneruskan kehidupan walaupun tanpa suami tercinta.
Katanya, kejayaan empat orang anak saya dalam bidang yang mereka minati membakar semangat juang saya menggunakan peluang dan masa yang ada untuk menjana sumber pendapatan.
“Kesanggupan ini saya gunakan untuk membuat dan menjual cenderahati perkahwinan yang dihantar di sebuah kedai di Jeli.
“Luang masa yang ada sambil menonton televisyen samada pada waktu pagi atau petang, tangan yang ada bergerak pantas membuat dan mereka cenderahati-cederahati yang di pesan pelanggan yang dijual pada harga RM0.80 sen satu.
Kata Rokiah, pekerjaan yang dilaukakannya bermula kira-kira bulan Mei lalu dan mampu memperoleh pendapatan yang lumayan.
“Kita mesti rajin berusaha, jangan berputus asa, gandakan usaha, mulakan kehidupan baru.
“Ruang kosong yang ada kita isikan dengan perkara-perkara yang berfaedah, seperti bercucuk tanam dan sebagainya,”jelasnya lagi.
Tambah Rokiah, kita perlu yakin dengan diri kita sendiri serta mampu melakukan pelbagai perkara, jangan jadikan status ibu tunggal sebagai satu alasan.