Carian  
10 September 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Mustapa bersama media sertai kejohanan bowling Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 25 Januari 2010

Mustapa bersama media sertai kejohanan bowling1.jpg

Mustapa bersama media dalam kejohanan bowling yang diadakan, semalam.

KOTA BHARU 25 JAN 2010 – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed, semalam meluangkan masa selama hampir sejam di Pacific Bowl, KB Mall dalam Kejohanan Bowling bersama media anjuran Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan.

Biarpun sibuk dengan tugas sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Datuk Seri Mustapa Mohamed tetap pulang ke Kelantan apabila selesai sahaja lawatan beliau bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke India, sebelumnya.

Datuk Seri Mustapa Mohamed yang hadir pada jam lebih kurang 5 petang, semalam turut bersama Pengarah JPP Kelantan, Makhtar Mustapa dan media Kelantan memeriahkan kejohanan berkenaan.

Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam ucapannya berkata, kejohanan yang diadakan merupakan permulaan bagi mengukuhkan lagi hubungan bersama media negeri ini.

Katanya, majlis tersebut akan dijayakan dari semasa ke semasa sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada media dalam melaporkan pelbagai program yang dijalankan kerajaan pusat di negeri ini.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement