
Mustapa bersalaman dengan kakitangan JPP
KOTA BHARU 26 JAN 2010 - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau akan terus memperjuangkan kepentingan rakyat Kelantan dalam usaha membangunkan negeri ini
Menurutnya, tahun lepas kerajaan pusat telah banyak melaksanakan pelbagai projek yang memberikan faedah dan nilai tambah kepada negeri Kelantan.
Katanya, pelbagai projek dijalankan kerajaan pusat banyak memberikan faedah kepada rakyat negeri ini juga tidak diketahui umum.
“Walaupun demikian, saya tetap memperjuangkan kepentingan rakyat negeri ini memandangkan faedah yang akan diperolehi nanti cukup besar.
“Saya sayangkan Kelantan dan saya bekerja bersungguh-sugguh dan sebaik mungkin bagi membangunkan negeri ini,”katanya ketika berucap pada majlis makan malam bersama media di Sutera Inn, semalam.
Mustapa berkata, beliau akan terus bekerja dan mencuba sedaya upaya supaya Kelantan terus mendapat perhatian sewajarnya dari kejayaan Malaysia.
Katanya, untuk berjaya, perkara paling penting ialah sentiasa bersemangat selain bersikap terbuka menerima teguran.