Carian  
08 September 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Tok Pa ziarah 20 buah rumah dalam sehari Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 29 Januari 2010


lawatan ke DUN BB.JPG

Tok Pa melawat salah seorang veteran UMNO di Kg Tok Che Dol

JELI 29 JAN 2010 – Hampir 15 tahun memimpin parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed atau lebih mesra dengan panggilan Tok Pa cukup sinonim dengan parlimen ini.

Kemana sahaja kakinya melangkah, gaya dan perwatakan kampung dibawanya cukup disenangi penduduk parlimen Jeli bahkan pelajar-pelajar sekolah rendah turut mengenalinya.

Kepulangan Datuk Seri Mustapa Mohamed ke parlimen Jeli memberikan peluang dan masa kepada beliau menziarahi penduduk di parlimennya.

Sebanyak 20 buah rumah membabitkan warga emas dan penduduk parlimen ini di ziarahi beliau dalam masa sehari di sekitar kampung Tok Che Dol dan Bechah Tok Kar.

Tidak kenal penat dan lelah, Datuk Seri Mustapa Mohamed kemudiannya turut serta mengikuti program Pergerakan Wanita UMNO bahagian Jeli di Kompleks UMNO Bukit Nangka dan Pusat Dakwah Parlimen Jeli melihat perkembangan kuliah agama yang dijalankan di sana.

Datuk Seri Mustapa Mohamed sebelum itu turut menunaikan solat Subuh di Masjid Kampung Kelisar yang juga kampung angkatnya.

Biarpun sibuk dengan tugas sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, parlimen Jeli tetap dihati Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement