Carian  
08 September 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Mustapa tidak pernah kenal erti penat dan lelah Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 30 Januari 2010

Mustapa tidak pernah kenal erti penat dan lelah.JPG

Mustapa ke kedai kopi di Kg Gemang ketika lawatannya semalam.

JELI 30 JAN 2010 - Tidak kenal erti penat dan lelah Datuk Seri Mustapa Mohamed sentiasa bekerja menunaikan amanah yang diberikan rakyat.

Di seluruh pelusuk parlimen Jeli segenap ceruk yang ada Datuk Seri Mustapa Mohamed telah menjejakkan kakinya untuk bersama rakyat.

Kunjungan ke setiap rumah bukan sahaja sekadar menziarahi tetapi sebagai tanda terima kasih kepada sokongan rakyat selama beliau memimpin parlimen Jeli.

Biarpun ziarahnya hanya seketika tetapi penduduk cukup dengan sikap dan perwatakannya yang tidak pernah berubah dari dulu hingga sekarang.

Inilah antara sebab mengapa Datuk Seri Mustapa Mohamed terus disayangi semua rakyat Jeli hingga ke hari ini.

Sebagai "orang lama" dalam politik Datuk Seri Mustapa Mohamed sentiasa "hangat" dalam melaksanakan kerjayanya dan beliau turut mengakui amanah dan tanggungjawab yang diberikan rakyat cukup besar.

Oleh sebab itulah, Datuk Seri Mustapa Mohamed sentiasa berkerja demi rakyat Jeli dan Kelantan supaya kehidupan lebih baik dapat dinikmati mereka.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement