Mustapa penyampaian kerusi roda kepada penduduk Kg Lalang PepuyuJELI 31 JAN 2010 – Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed, semalam menghadiri empat program yang dijayakan diparlimennya.
Tujuh program membabitkan masyarakat, kakitangan kerajaan dan pelajar serta satu program taklimat berkenaan kemajuan pembinaan Kompleks Kastam dan Imigresen (CIQ) bernilai RM 40 juta dihadiri beliau.
Sebelah paginya, tiga program dirasmikan dan dihadiri beliau di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Bunga iaitu perasmian program kesihatan bersama Hopital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, penyampaian kerusi roda kepada penduduk dan taklimat kemajuan projek CIQ.
Datuk Seri Mustapa Mohamed kemudiannya bergegas ke kampung Batu Melintang, merasmikan pelancaran Klinik 1Malaysia peringkat negeri Kelantan sebelum bertemu dengan pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas.
Pada petangnya, Datuk Seri Mustapa hadir merasmikan program Perhimpunan Warga Pendidik parlimen Jeli dan melancarkan Pelan Perancangan Strategik Pejabat Pelajaran Daerah(PPD) Jeli bagi tahun 2010 hingga 2014.
Sebelum menghadiri program di Pasir Mas, Datuk Seri Mustapa Mohamed sempat menghadiri majlis menepung tawar bas baru milik PPD Jeli yang baru diterima pejabat berkenaan, semalam.
Hadir bersama beliau ialah isterinya, Datin Khamarzan Ahmed Meah.