Mustapa mendengar taklimat yang disampaikan, semalamBUKIT BUNGA 31 JAN 2010 – Ahli parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam menghadiri taklimat kemajuan pembinaan Kompleks Kastam dan Imigresen (CIQ) bernilai RM 40 juta.
Taklimat tersebut turut memperkenalkan kontraktor baru projek pembinaan CIQ iaitu Spanz Sdn.Bhd yang telah mengambil alih semula projek berkenaan.
Menerusi taklimat itu, Datuk Seri Mustapa Mohamed mendengar pelbagai keterangan dan maklumat terbaru perkembangan dan kemajuan projek yang dimulakan sejak 2007 selepas dua tahun tertangguh sebelumnya berikutan masalah sempadan dan spesifikasi jambatan.
Perkembangan terbaru projek itu juga disusuli lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kelantan baru-baru ini yang mahukan projek CIQ ini dapat disiapkan pertengahan tahun ini.