Carian  
08 September 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 10,000 penduduk dapat manfaat Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 01 Februari 2010

10,000 penduduk dapat manfaat.JPG

BATU MELINTANG 01 FEB 2010 – Dianggarkan 10,000 penduduk di daerah ini membabitkan enam buah kampung di kawasan sekitar mendapat manfaat daripada kewujudan klinik 1Malaysia dekat sini.

Menurut ahli parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed, kemudahan perkhidmatan kesihatan yang disediakan kerajaan menerusi idea dicetuskan Perdana Menteri, Datuk Seri  Najib Tun Razak itu cukup bermanfaat kepada 2,000 buah rumah dikawasan berkenaan.

Katanya, sejak memulakan operasi pada 12 Januari lalu secara keseluruhan purata 25 penduduk sehari menggunakan klinik ini.

“Serendah RM 1, bagi penduduk dikawasan ini ianya satu kemudahan dan perkhidmatan kesihatan cukup baik dan bagus untuk penduduk di sini.

“Langkah yang dilaksanakan kerajaan ini cukup membantu penduduk selain mengurangkan beban yang ditanggung hospital Jeli dalam memberikan perkhidmatan kesihatan ini.

Katanya, penduduk Jeli bertuah kemudahan perkhidmatan kesihatan yang disediakan kerajaan cukup baik sekali.

“Di DUN Kuala Balah, pusat kesihatan sedia ada juga telah dipertingkatkan selain wujudnya Hospital Jeli dan pusat kesihatan di Ayer Lanas,”katanya ketika berucap dan merasmikan klinik 1Malaysia, semalam.

Hadir bersama ialah ADUN Kuala Balah, Datuk Abd.Aziz Derashid, Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas, Datuk Hanafi Mamat dan Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Negeri Kelantan, Dr. Wan Mansor Hamzah.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement