Carian  
08 September 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Guru diminta komited Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 02 Februari 2010

Guru diminta komited.JPG

Mustapa merasmikan Pelan Pembangunan Strategik PPD Jeli 2010 hingga 2014.

AYER LANAS 02 FEB 2010 – Guru-guru ditekankan supaya komited melaksanakan tugas supaya dapat melahirkan “World Class Human Talent”.

Menurut Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed, guru-guru perlu memberikan komitmen dalam usaha meletakkan pendidikan berkualiti dan bermutu.

Katanya, untuk menjayakan perkara  ini, guru-guru diminta bekerja bersungguh-sungguh dan lebih baik serta bermotivasi.

“Pendidikan merupakan kunci segala-galanya dan peranan guru cukup memberikan kesan dalam membentuk dan mendidik generasi akan datang.

Katanya, kualiti pendidik di negeri ini pada masa sekarang telah meningkat dan usaha-usaha lanjut perlu dilaksanakan bagi melonjakkan lagi bidang pendidikan.

pada majlis bersama warga pendidik parlimen Jeli dan pelancaran bulan pelan pembangunan strategik Pejabata Pelajaran Daerah (PPD) Jeli bagi tahun 2010 hinggan 2014 di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ayer Lanas,semalam.

Hadir bersama ialah Naib Canselor Universiti Teknologi Mara (UITM), Datuk Prof.Ir.Dr.Shahol Hamid Abu Bakar,  Ketua Sektor Pengurusan Kemanusiaan, Ismail Ab.Wahab, ADUN Kuala Balah, Datuk Abd.Aziz Derashid dan Pegawai PPD Jeli, Abdul Kadir Sulaiman.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement