Carian  
10 September 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Saya bukan pengkhianat – Tok Pa Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 02 Februari 2010

Saya bukan pengkhianat – Tok Pa.jpg

KOTA BHARU 02 FEB 2010 – “Saya tidak ‘gedebe’ mahu membuat keputusan sendiri, saya bukan penderhaka dan pengkhianat. Saya adalah anak Kelantan yang memperjuangkan Islam dan bangsa saya.”

Demikian reaksi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika membidas segelintir pemimpin pembangkang yang mencemuh beliau berhubung isu royalti minyak.

Mustapa berkata, semua kenyataan beliau berhubung tuntutan royalti minyak kerajaan Pas adalah berdasarkan keputusan mesyuarat yang turut disertai oleh Petronas, Peguam Negara dan pemimpin tertinggi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang dukacita dengan dakwaan itu menganggap ia sebagai satu penyelewengan yang ditimbulkan oleh pembangkang yang cuba mencari ihsan politik dengan menyelewengkan fakta.

“Ini adalah tuduhan yang amat tidak berasas sama sekali. Ia telah diumumkan di Parlimen selepas kerajaan berunding dengan semua pihak.

‘‘Saya amat dukacita dengan apa yang berlaku,” tegas Mustapa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan ketika ditemui di sini hari ini.

Mustapa mengulas mengenai dakwaan sesetengah pihak yang disiarkan melalui akhbar-akhbar propembangkang yang melabel beliau dan juga Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin sebagai pengkhianat dan penderhaka kepada rakyat Kelantan.

Dakwaan tersebut timbul selepas kedua-dua pemimpin berkenaan menjelaskan bahawa negeri Kelantan hanya layak mendapat wang ihsan bukannya royalti seperti yang dituntut oleh kerajaan Pas.

Tegas beliau, semua keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Pusat mengenai pemberian wang ihsan kepada Kelantan telah dimanipulasi oleh beberapa pihak sehingga menjadikan keadaan semakin meruncing.

“Nampak hari ini keadaan tegang kerana banyak salah faham dan penyelewengan sehingga timbul fitnah. Saya rasa ini satu perkembangan yang tidak sihat.

“Isu ini sudah dipolitikkan, ada perkara yang tidak sepatutnya dibuat seperti itu kerana ia perlu mengikut undang-undang,” ujarnya.

Sementara itu, Mustapa menegaskan bahawa rakyat Kelantan akan mengalami ‘kerugian besar’ sekiranya kerajaan negeri enggan menerima tawaran menyertai sebuah jawatankuasa yang ditubuhkan bagi mengagihkan wang ihsan tersebut.

Jelas beliau, tawaran masih dibuka untuk wakil Kelantan menyertainya untuk memastikan kehendak mereka boleh ditunaikan dalam soal penggunaan wang itu.

Tambahnya, wang ihsan berjumlah RM20 juta yang dinyatakan oleh beliau baru-baru ini bukanlah angka tepat kerana nilai sebenarnya akan diumumkan oleh kerajaan tidak lama lagi.

Bagaimanapun jelasnya, jumlah itu adalah hampir dan beliau telah mendapat kebenaran daripada Perdana Menteri untuk dihebahkan kepada rakyat Kelantan.

Utusan Malaysia - 1 Feb 2010

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement