Carian  
08 September 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 300 hadiri ceramah Hijratul Rasul Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 03 Februari 2010

Ceramah Hijratulrasul.JPG

Sebahagian penduduk mendengar ceramah yang disampaikan.

BERDANG 03 FEB 2010 – Seramai 300 jemaah dekat sini  menghadiri program Hijratul Rasul yang dijayakan di Masjid Berdang.

Hadir menyampaikan ceramah sempena program berkenaan ialah Penolong Pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEIK), Suhaimi Mohamed.

Ahli Jawatankuasa Masjid, Ahmad Hayani berkata, program yang direncanakan masjid ini adalah antara usaha untuk  mendekatkan jemaah dengan masjid.

Katanya, usaha yang dilakukan ini juga bertujuan menarik golongan muda terutamanya untuk terus bersama mengimarahkan masjid sebagai rumah ibadat.

“Program membabitkan masyarakat ini telah lama kita gerakkan kerana kita mahu masyarakat melihat masjid bukan sahaja sebagai tempat untuk beribadat tetapi menjayakan pelbagai aktiviti untuk tujuan pembangunan ummah.

“Menerusinya, hubungan silaturrahim juga dapat dikukuh dan dijalinkan dengan lebih mesra serta baik kerana ianya akan mengukuhkan perpaduan ummah,”katanya.

Program tersebut turut dimeriahkan dengan gotong-royong memasak bubur Assyura bermula dari jam 8 pagi hingga  3 petang.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement