Carian  
08 September 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 PPUJ turun padang bersama belia Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 06 Februari 2010

PPUJ turun padang bersama belia.jpg

KAMPUNG BARU JALAN MALAYSIA 6 FEB 2010 – Belia-belia diingatkan supaya tidak menyalahgunakan ilmu-ilmu mempertahankan diri yang dipelajari.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jelil, Khairul Ikhwaniza Mohd Zahari berkata, ilmu yang dipelajari seharusnya digunakan sebaik mungkin dan tidak disalahgunakan.

Katanya, ilmu yang dipelajari seharusnya dimanfaatkan untuk diri sendiri dan masyarakat supaya faedahnya dapat dinikmati.
Beliau berkata demikian pada majlis istiadat belah gelanggang dekat sini membabitkan pelajar tomoi.

Pada majlis tersebut Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli turut menyampaikan peralatan kelengapan tomoi kepada belia.

Kata beliau, mempelajari ilmu-ilmu ini mampu mendidik  berdisiplin selain membimbing menyertai aktiviti yang sihat.

“Apa yang kita harapkan ialah generasi-generasi muda ini dapat menyumbangkan tenaga kepada keselamatan dan kesejahteraan kampung dengan ilmu-ilmu yang dipelajari ini,”katanya.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement