
Khairul menyampaikan peralatan sukan selepas program gotong-royong.
KUALA BALAH 07 FEB 2010 – Belia-belia diajak menjana idea dan menyumbangkan tenaga bagi membangunkan serta membentuk komuniti berkualiti.
Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Jeli, Khairul Ikhwaniza Mohd Zahari, sumbangan idea serta tenaga belia berkemampuan meningkatkan taraf komuniti.
Katanya, untuk maju sumbangan idea, tenaga belia sangat digalakkan ke arah faedah kepada masyarakat.
“Dalam menyumbangkan dua perkara ini, wang ringgit mahupun kepentingan individu perlu ditolak ke tepi.
“Oleh yang demikian, belia seharusnya aktif ke arah membentuk masyarakat,”katanya selepas mengadakan program gotong royong anjuran pergerakan pemuda petiundi dekat sini.
Program tersebut turut menyampaikan sumbangan peralatan sukan bagi menggerakkan gaya hidup sihat dikalangan belia dan masyarakat.
Hadir bersama Ketua Penyelia Pembangunan Mukim (KPPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah, Rodzi Muhamad