Carian  
08 September 2010 ..:: e-Buletin ::..   Daftar Masuk
 Tumbuhan hutan dan herba sumber pendapatan sampingan suku kaum Jahai Minimize
Location: BlogsBuletin JeliBerita Parlimen Jeli    
Posted by: umnojeli_admin 08 Februari 2010

Sidek menunjukkan akar-akar kayu yang dikeringkan sebelum dijual.JPG

Sidek menunjukkan akar-akar kayu yang dikeringkan sebelum dijual  

SUNGAI RUAL 08 Feb 2010– Hubungan erat masyarakat Orang Asli dengan hutan memang tidak dinafikan dan kerahsiaan serta  keistimewaan herba yang dijadikan sebagai ubat-ubatan oleh mereka cukup memberikan kesenangan untuk mengubati pelbagai penyakit.

Bagi suku kaum Jahai dekat sini, tumbuhan hutan yang dijadikan sebagai herba dan ubat-ubatan untuk mereka turut dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan.

Selain bekerja di ladang kelapa sawit berdekatan kawasan penempatan, tumbuhan hutan inilah menampung perbelanjaan hidup mereka sejak dahulu.

Menurut Sidek Belimbing, 50, tumbuhan hutan yang terdapat di hutan jajahan Jeli membantu kehidupan sehariannya.
Katanya, pendapatan diperolehi dianggarkan berjumlah RM 200 bagi setiap jualan tumbuhan yang dijadikan makanan dan herba sudah cukup untuk menampung perbelanjaan harian.

“Hasil-hasil ini kebanyakan dijual kepada pembeli dari luar jajahan, ia kemudiannya diproses untuk dijadikan ubat-ubatan tradisional.

Katanya,pelbagai spesis tumbuhan ini digunakan untuk mencegah dan mengubati pelbagai penyakit samaada untuk bayi, kanak-kanak, wanita mahupun lelaki.

Kata Sidek, kemahiran dan kebolehan dalam menentukan sepsis tumbuhan ini dipelajari dari nenek moyang kami sejak turun temurun dan inilah kelebihan yang kami gunakan untuk menambah pendapatan sedia ada.

“Kemahiran dan kebolehan ini turut diperturunkan kepada anak-anak samaada untuk kegunaan sendiri kerana inilah ‘harta’ yang kami ada,”katanya ketika ditemui, semalam.

Permalink |  Trackback

  

 Kategori Minimize

      

 Buletin Jeli Minimize

    

 Buletin Jeli Minimize

    

Hak Cipta Terpelihara © 2006 HeiTech Padu Berhad   Terms Of Use  Privacy Statement